Friday, October 12, 2012

Eksport Komputer Peribadi Dunia Susut 8.3%


More Information >>>>>>>>>>> http://sy.my/5gt1


      KUALA LUMPUR — Eksport komputer peribadi di seluruh dunia susut 8.3 peratus kepada 87.5 juta unit pada suku ketiga 2012, dengan pasaran kini bersedia untuk pelancaran Windows 8.

 “Penurunan berterusan eksport PC pengguna memain peranan penting dalam penurunan pasaran PC secara berterusan,” kata Penganalisis Prinsipal di Gartner Inc., Mikako Kitagawa dalam kenyataan. Beliau berkata, suku ketiga juga merupakan suku peralihan sebelum sistem operasi Windows 8 Microsoft dilancarkan.

 “Eksport juga kurang cergas memandangkan vendor dan rakan saluran mengemas kini inventori. “Peruncit agak konservatif membuat tempahan memandangkan sambutan lemah sempena balik ke sekolah.

 Pada akhir September, peruncit memberi tumpuan terhadap aktiviti menjual inventori menjelang pelancaran Windows 8 lewat bulan ini,” katanya. — BERNAMA




No comments:

Post a Comment