Tuesday, October 9, 2012
KHASIAT BAWANG PUTIH
Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng.
Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain. Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).
Antara Kebaikan Lain bawang putih adalah.
1.Mengurangkan kolesterol tidak baik.
2.Mengurangkan kemungkinan darah menjadi beku.
3.Mengurangkan tekanan darah.
4.Memperbaiki penghadaman anda.
5.Mengurangkan selsema dan demam.
Selain Itu Bawang putih juga dapat membantu dalam mengawal kanser.Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain. Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya. Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang.
P/S : banyakanlah pengunaan bawang dalam masakan...
More Information >>>>>>>>>> http://sy.my/49ig
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment