Tuesday, October 9, 2012

Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menghargai sumbangan negara ini dalam membantu rakyat Palestin



KUALA LUMPUR – Tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat kepada kerajaan Malaysia bagi menghargai sumbangan negara ini dalam membantu rakyat Palestin.

 Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa, surat daripada ulama tersohor berkenaan diserahkan oleh Timbalan Pengarah Al-Quds Beirut, Dr. Aiman Zaidan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, selepas Majlis Perasmian Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. ”

Al-Qaradawi yang merupakan Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds International yang beribupejabat di Beirut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sumbangan berterusan terhadap isu Palestin.

 ”Beliau juga menghargai sumbangan berjumlah AS$5 juta oleh Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bagi membiayai pembinaan sebuah kolej kesihatan di Al-Quds,”

 katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Nasharudin, selain menghargai keprihatinan Malaysia dalam isu Palestin, Al-Qaradawi juga mendoakan kesejahteraan Najib, Muhyiddin, kerajaan dan rakyat Malaysia.

 ”Al-Qaradawi yakin bahawa Malaysia akan terus memberi sumbangan dan sokongan terhadap isu-isu Islam serta umat Islam seluruh dunia khususnya di Palestin,” katanya. – UtusanMalaysia


More Information  >>>>>>>>>>>>http://sy.my/4pac
                                                        http://sy.my/4pac



No comments:

Post a Comment